Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang
lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang
lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang
lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang
lelaki yang melarikan diri.
5. Orang
lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang
perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang
perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam
atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang
yang suka makan riba'.
10. Orang
yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan
mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
No comments:
Post a Comment